Sunday 26 June 2016

Majlis Makan Malam & Mesra Aidilfitri

Assalamualaikum WBTH dan salam sejahtera saya ucapkan buat semua sahabat2 Alumni SKTG...

Jom kita pakat2 join Majlis Makan Malam & Mesra Aidilfitri anjuran Persatuan Alumni sekolah kita...

Marilah kita sama2 menghubung eratkan lagi tali silaturrahim sesama kita...

Bagi yang ingin membawa keluarga bersama bayaran yang dikenakan hanyalah RM50 sahaja, manakala yang ingin join secara sollow hanya RM30 sahaja...

Insyaallah, byk perkara yg akan diumumkan kelak oleh Chairman Persatuan Alumni kita, Tn. Hj. Zulzuraini Mansor... Untuk masa depan semua pelajar dan bekas pelajar SKTG... Insyaallah...

Ketetapannya adalah seperti berikut:-

Tarikh: 9 Julai 2016 bersamaan 04 Syawal 1437H (Hari Raya Ke 4 Malam)

Tempat: Dewan Al-Farabi SKTG

Masa: 8.30 Malam

Bayaran: RM50 (Keluarga)/ RM30 (Individu)

Pelbagai juadah disediakan antaranya:

Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Dalca, Kalia, Ayam Goreng Berempah, Satay Ayam & Daging, Ketupat & Rendang, Lemang, Pelbagai Kuih Muih, Minuman Sejuk & Teh Tarik...

Walaubagaimanapun, tiada paksaan sama sekali... Jika sahabat2 dpt turut serta berasama2, kami AJK2 Alumni SKTG berasa sungguh berbesar hati...

Semoga kehadiran sahabat2 sekalian dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita dan juga dapat memeriahkan lagi Majlis Makam Malam & Mesra Aidilfitri serta mendapat keberkatan dari Allah SWT... Insyaallah...

**Bayaran penyertaan boleh dibuat secara tunai kepada mana-mana AJK Persatuan Alumni SKTG ataupun melalui Akaun Maybank Persatuan Alumni SK Tasek Gelugor *557344061300*

*RENUNGAN:-*

*أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ*

*Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan”* (H.R. Bukhari-Muslim).

*“Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada salat dan saum?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan”* (H.R. Bukhari-Muslim)

Wednesday 27 April 2016

Program Jaya Waris Bil. 1/2016


23 April 2016 - Alhamdulillah bersyukur kita kehadhirat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita telah pun dapat menjayakan Program Jaya Waris Bil. 1/2016 pada 23.04.2016 yang lalu.

Pihak Alumni merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Encik Monier yang sanggup berkorban masa dan tenaga datang hanya semata-mata untuk berkongsi "Best Practice" dengan para ibu bapa dan guru tentang Macam Mana Nak Bagi Anak Dapat 6A dalam peperiksaan UPSR.

Begitu banyak sekali tips-tips yang telah beliau kongsikan bersama kita pada malam tersebut. Diantara tips-tips yang sempat saya senaraikan adalah seperti di bawah:-

1. Sentiasa berdoa dan memohon pada Allah SWT bagi dapat 6A
2. Sentiasa nyatakan harapan kita kepada si anak - Mattt... Mak Ayah harap sangat tahun ni Mat dapat 6A
3. Sejak dari anak kita kecil, mula tanam cita-cita supaya anak jadi orang yang berjaya
4. Suruh anak buat kerja sekolah depan kita - Jangan biarkan anak bersendirian buat kerja sekolah atleast kalau anak tak faham diorang boleh bertanya
5. Seminggu sebelum ujian bulanan/ peperiksaan penggal, buat jadual bagi depa boleh ulangkaji
6. Lekat kat dinding rumah keputusan ujian bulanan/ peperiksaan penggal
7. Pastikan anak ke sekolah cukup persiapan
8. Ibubapa haruslah bergiat dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Tawarkan diri jika perlu
9. Ibubapa kena rajin jumpa cikgu. Beritahu cikgu harapan kita nak anak dapat 6A. Minta jasa baik cikgu untuk tolong monitor perkembangan anak kita di sekolah
10. Kalau kite kenal ibubapa pelajar yang dapat 6A, cuba minta tips dari mereka
11. Hantar anak kita pergi kelas tusyen
12. Beli buku-buku ujian topikal dan koleksi contoh-contoh soalan peperiksaan
13. Beli majalah ilmiah atau surat khabar seperti DIDIK, ASUH, MINDA PELAJAR dan sebagainya untuk mendedahkan anak-anak dengan penggunaan bahasa dan sebagainya
14. Ibubapa kena selalu tunjuk kepada anak-anak bahawa mereka adalah pasangan bahagia - jangan bergaduh dihadapan anak-anak
15. Banyak luangkan masa bersama anak-anak kita
v

Thursday 21 April 2016

Video Yang Penuh Inspirasi - Adam Norrodin Never Give Up

Mesyuarat Kecil AJK Alumni SK Tasek Gelugor - 20.4.2016

20 April 2016 - Assalamualaikum WBTH dan salam sejahtera diucapkan buat semua pembaca setia blog Persatuan Alumni SKTG. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT selesai sudah mesyuarat kecil AJK Alumni SKTG yang bertempat di Restoran Tom Yam Kubang Menerong.

Seperti biasa, pelbagai isu-isu berbangkit dan hangat telah diutarakan dan dibincangkan. Antaranya ialah:-

1. Program Jaya Waris - 23/4/3016
- Program ini telah disasarkan kepada seramai 150 orang waris @ ibubapa kepada pelajar-pelajar yang lemah.

- Program adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada ibubapa bagaimana pentingnya pelajaran untuk anak-anak dan bagaimana cara untuk menarik perhatian anak untuk belajar dirumah. Sesuai dengan saranan KPM "Long Life Learning"

- Mesyuarat dimaklumkan bahawa sesiapa yang berhasrat untuk membuat sumbangan berupa barang-barang keperluan sangatlah dialu-alukan. Segala sumbangan akan disalurkan melalui penceramah motivasi dan akan diagih-agihkan kepada fakir miskin.

- Mesyuarat telah bersetuju untuk memberikan cenderahati kepada penceramah motivasi sebagai tanda penghargaan.

- Memandangkan Program Jaya Waris ini adalah salah satu program sekolah, mesyuarat memohon kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan satu surat jemputan kepada pihak Alumni untuk program ini dan surat akan difailkan untuk rujukan masa akan datang.

- Mesyuarat akan membuat satu "Post Moterm" selepas program ini dan akan dipersembahkan kepada Tuan Guru Besar.

- Mesyuarat telah memberi cadangan kepada pihak guru-guru sekolah untuk membuat "follow up call" kepada semua 150 jemputan untuk memastikan peratus kehadiran program ini tidak mengecewakan.

- Mesyuarat telah mengarahkan kepada semua AJK Alumni SKTG untuk memakai T-SHIRT ALUMNI pada setiap program yang diadakan.

2. Program Jamuan Hari Raya - 9/7/2016
- Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput seramai 10 orang bekas guru yang pernah mengajar di SKTG bagi memenuhi permintaan Tuan Guru Besar.

- Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah "banner" untuk majlis ini nanti.

3. Program Kem Motivasi Pelajar
- Mesyuarat telah dimaklumkan tentang status perancangan program Kem Motivasi Pelajar dan ianya masih lagi dalam peringkat menanti kertas kerja disiapkan oleh Pengarah Projek.

- Sasaran utama projek ini adalah pelajar-pelajar Tahun 4 & 5 yang lemah di kelas-kelas belakang.

- Mesyuarat ditekankan tentang "Misi 4K"

4. Koperasi Ukhwah Alumni SK Tasek Gelugor Seberang Perai Pulau Pinang Berhad (KUAT BERHAD)
- Perancangan untuk menubuhkan KUAT BHD telahpun dipersetujui dalam mesyuarat.

- Mesyuarat akan berusaha untuk membentangkan kertas cadangan penubuhan koperasi ini pada jamuan hari raya yang akan datang.

- Satu senarai nama bakal-bakal ahli mesyuarat yang berpotensi untuk hadir akan dikeluarkan tidak lama lagi.

- Mesyuarat dimaklumkan bahawa cadangan untuk menubuhkan koperasi ini adalah sangat berpotensi dan berdaya maju.

5. Program "Share Best Practise"
- Mesyuarat masih lagi menunggu maklumbalas dari Pengarah Projek Share Best Practise ini.

- Mesyuarat telah dimaklumkan tentang betapa pentingnya program ini demi untuk mencapai Target Misi 4K suatu masa nanti.

6. Program-Program Lain
- Mesyuarat menyatakan bahawa pihak Alumni SKTG akan cuba sedaya upaya untuk merancang apa sahaja program pengisian setiap bulan. InsyaAllah.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada tarikh 20/4/2016 jam 11.00 malam.

Sekian, terima kasih.

Thursday 14 April 2016

23/11/2015 - Majlis Persaraan Puan Guru Besar




23 November 2015 - Tarikh ini adalah merupakan tarikh keramat yang paling bersejarah buat semua warga SK Tasek Gelugor dimana kita terpaksa menerima akan kehilangan seorang Pemimpin SK Tasek Gelugor yang berkaliber yang telah pun sampai masanya untuk bersara wajib. Pihak Alumni SK Tasek Gelugor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Puan Guru Besar di atas segala jasa dan bakti yang telah beliau curahkan buat semua anak didik SK Tasek Gelugor, guru-guru dan juga para ibu bapa.

Kami juga mendoakan semoga Puan Guru Besar sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki seluas-luasnya, dipermudahkan segala urusannya di dunia juga di akhirat, memperolehi sebesar-besar limpahan rahmat dari Allah SWT juga berbahagia bersama keluarga tersayang.

Terima kasih Cikgu. Segala jasamu tidak akan kami lupakan.